pertemuan denganmu sukar dilupakan
perbualan denganmu sukar untuk dihentikan
setiap detik bersamamu membuatku rindu
berpisah denganmu membuat hatiku menjadi sayu
walaupun hatiku ini sering dihancurkan
jiwaku menderita menghadapi segala tekanan
dimanakah kamu pabila ku amat memerlukanmu
dimanakah kamu pabila ku merinduimu
berbulan sudah dikau pergi
sementara aku disini masih menanti
disana dikau sudah punyai pengganti
disini diriku masih mendiamkan diri
setiap malam wajahmu kuterbayang
terkenang pula saat-saat romantis kita
dihatiku dirimu yang amat ku sayang
dihatiku dirimu yang amat ku cinta
setelah dikau pergi
diriku berasa sukar untuk menjatuh cinta lagi
huruf CINTA di kamusku adalah KAMU
sehingga hari ini dirimu yang aku mahu
kerna dihatiku kaulah yang satu
kini ku sedari percintaan kita telah dihentikan
disebabkan kehadiran insan yang ketiga
yang menceroboh ke dalam alam cinta kita
dan merubah segala-galanya
memusnahkan cinta setia kita
kemahuanku adalah untuk bersamamu sehingga akhir hayatku
tetapi PENGHALANG sebegini menghancurkan cita-citaku
ada ramai insan untuk ENGKAU jatuh cinta bersama
mengapa juga kau pilih aku yang punya
kini hidupku menderita
kini hatiku berbelah bagi
namun hatiku masih terbuka buatmu
diriku sudah lama memaafkanmu
semoga kita ditemukan semula
semoga kita dapat menjejaki alam percintaan lagi
sekarang dikau sudah pergi
aku disini akan sentiasa menanti