Amat pedihnya untukku menerima segala kepahitan
Tetapi diriku ini tetap tabah menghadapi segala cabaran
Seandainya aku jatuh semula bak ditimpa tangga
Diriku ini sudah pun bersedia
Untuk menghadapi segala dugaan
Dan tidak akan membenarkan dugaan menguasai kehidupan
Semakin hari ku merasakan dirimu semakin jauh dariku
Walaupun begitu,hatiku ini tetap sayang padamu
Mungkin dikau tiada perasaan cinta lagi
Namun dirimu tetap ku simpan dihati
Cintaku adalah yang suci
Diriku tidak pernah ada perasaan benci
Beberapa kali hatiku dihancurkan
Namun demi sayang,kau telah ku maafkan
Sekarang,aku meninggalkan alam percintaan
Yang penuh dengan duri dan cabaran
Dengan hati yang terbuka,
Aku menjejak kaki ke alam realiti
Dengan harapan mencari seseorang kawan sejati
Yang ku ingin sehidup dan semati
Kepada kasih yang telah pergi
Aku masih belum berputus harapan lagi
Hatiku sentiasa terbuka buatmu
Datang kembali padaku jika kau mahu
Kata ahkir dariku,
'Cinta boleh datang dan pergi.
Tetapi cinta yang sejati kekal buat selama-lamanya'
Kasih,cinta yang ku curahkan adalah yang AMAT-AMAT sejati