tutup mataku
mindaku masih berfikiran
masukku ke alam mimpi
tidurku seolah-olah menghantui
pagi yang sering ku tidak sabar menanti
tetapi kini pagi tidak mahu ku melihati
ku tidur untuk melupakan sebuah peristiwa
pabila matahari terbit, namun ia masih di minda
di mana silap yang aku lakukan
mungkin ia sekecil titik untuk ku sedari
namun aku sering mendoakan
agar diberi kekuatan dihati
kerna sayang,
aku bertahan
kerna cinta,
aku rela berkorban
kerna dirimu,
aku memberi segalanya
walaupun aku merasa kepedihan
demi kebahagiaanmu
aku rela melepaskan
terlihat senyuman di wajahku
dikau menyangka aku bergembira bersendirian
namun pelbagai perasaan yang aku melalui
cuma diriku tidak mahu menarik perhatian
yang dahulu ku berjalan dipimpinmu
ke setiap arah kita menuju bersama
kini langkah kita tidak lagi sehaluan
setiap langkah yang aku ambil, aku rebah di penghujung
adakah masih ada cinta
walaupun setelah dirimu berundur
apakah ada rahsia di sebalik percintaan kita
disimpanmu, tidak dikata
namun aku memberi yang terbaik
yang tidak pernah aku berikan sebelumnya
kerna sayang, kerna cinta, kerna dirimu
aku telah memberikan segala-galanya kepadamu