dikau datang memberiku seribu harapan
menerangi diriku sewaktu aku dalam kehampaan
menyuntik semangat ke dalam hidupku
memberi sebuah nafas yang baru kepadaku
kau yang dahulu ku anggap lawan
tanggapanku kini berubah
diriku menerimamu sebagai teman
memberimu peluang melangkah
untuk memasuki hatiku...
walaupun dirimu sudah berpunya
diriku berasa bertuah
kerna dapat membuktikan perasaanku kepadamu
diriku tidak mensia-siakan peluang ini
diriku jujur menyintaimu
segala kata-kataku adalah yang ikhlas telah ku beri
namun segala-gala yang manis hanyalah sementara
dirimu berundur meninggalkanku
aku kehilangan arah
diriku seolah-olah kehilangan seseorang yang ku cinta
jika itu apa yang kau mahu
diriku akan terbang jauh daripadamu
tidak akan menganggu dirimu
doaku adalah yang terbaik buatmu
seandainya dirimu akan kembali
diriku akan sentiasa menanti