Kini sudah sudah berlalu
Diriku berasa sukar untuk melupakanmu
Kehadiranmu dalam hidupku merubah segalanya
Sering kali ku termenung dan menaya,
"Apakah kekurangan ku ini?"
Sayang,
Mengapakah harus dikau pergi
Disaat-saat sebegini
Kaulah seorang gadis yang amat ku hargai
Kaulah juga gadis pertama yang amat-amat ku menyintai
Andai ku diberi satu peluang lagi
Akan ku menerimamu kembali
Akan ku melupakan segala kepahitan
Yang telah menghantui kehidupan
Akanku menjaga hatimu
Demi menjamin kebahagiaanmu
Ku memahami amat payahnya untuk menyinta
Tetapi ku tetap percaya
Bahawa perasaan it akan kembali
Mungkin bukan pada hari ini
Tetapi di suatu hari nanti
Kini dikau sudah pergi
Meninggalkan hatiku ini
Aku masih dan akan tetap menunggumu
Aku akan sentiasa mengalu-alukan kepulanganmu
Aku tidak berkuasa membuat apa-apa
Aku hanya berupaya untuk berdoa
Semoga dikau sentiasa diselubungi kebahagiaan
Dan di samping itu
Sentiasa berada di dalam keadaan sihat