Jauh Dariku

Folder: 
Malay Poems

Hari demi hari yang berlalu,

dirimu semakin jauh dariku.

Rinduku terhadapmu semakin bertambah,

namun diriku ini tetap tabah,

kerna ku tahu akan siapa diriku

dan ku sedar kau bukan lagi milikku.

Ku tidak berkuasa membuat apa-apa.

Ku hanya dapat menyimpan segalanya di dalam dada..



Sehingga hari ini,saat ini,

ku tidak pernah merubah perasaan hati.

Dirimu masih di dalam hatiku,

kerna kaulah segalanya buatku.

Cinta yang kau curahkan dahulu,

amat sukar untukku melupakanmu.

Setiap kata-kata manismu,

sehingga hari ini,

masih segar dalam mindaku.



Semenjak kau meninggalkan aku,

setiap hari ku bangun dengan hati yang sayu.

Pabila ku merinduimu dirimu,merindui suaramu,

ku mengeluarkan gambarmu,

merenung lama ke arah wajahmu,

mengingati segala kenangan manis kita bersama.

Dan tanpa kusedari,

titik-titik manik mengalir dari mataku,

dengan sekelip mata,

membasahi pipiku.



Dahulu,pabilaku bersedih,

engkaulah yang membuatku tertawa.

Pabilaku menangis,

engkau memelukku dengan erat,

membersihkan air mata.

Pabila kita bergembira,

kita sering berketawa.

Kini,aku tiada sesiapa

yang sudi mendengar segala keluhan.



Sayang,

ku berharap kau dapat pulang kembali.

Agar ku dapat bangun dengan hati yang ceria pada setiap hari.

Ku akui merindui segala-galanya.

Percayalah,

dihatiku,

kau yang satu.



Diriku tidak berkuasa membuat apa-apa.

Aku diibaratkan sebatang kayu,

yang hanyut di tengah lautan,

tanpa arah,tanpa tujuan...



Tidak mengapa jikalau dikau tidak percaya kata-kataku lagi.

Tetapi sentiasa ingat,

bahawa diriku masih menunggumu,

dan hatiku masih menyayangi dan mencintaimu..



Cinta boleh datang dan pergi.

Tetapi cinta yang sejati kekal abadi.

Cintaku adalah yang sejati.

Cintaku adalah ikhlas dari hati ke hati

View md_zulhilmi89's Full Portfolio
tags: