Ceria Atau Sedih

Folder: 
Malay Poems

ku menerima apa yang dikau beri

ku menerima dengan seikhlas hati

sekian lama kita tidak bertemu

semalam,pabila menjumpaimu

aku berasa amat gembira sekali

sehingga mulutku seolah-olah dikunci

dan tidak berupaya mengeluarkan kata-kata

tetapi ku amat menghargai segala-gala



kini,

diriku mempunyai dua perasaan

bagiku ini adalah suatu cabaran

satu perasaan mengatakan aku harus meneruskan kehidupan

dan satu perasaan mengatakan aku harus menunggunya

menunggukan cintanya



perasaan sebegini membuatku lemah

membuatku tidak berupaya membuat apa-apa

diriku hanya mampu menitiskan air mata

dan di saat-saat begini

di dalam hati

ku memerlukan dirimu

membelaiku

menyintaiku



dimanakah dikau pabila ku amat-amat memerlukanmu?

jikalau kau sudah mempunyai penggantiku

terus terang kepadaku

aku tidak akan menyimpan perasaan benci terhadapmu

malah,aku akan sentiasa mendoakan bagi kebahagiaanmu



walaupun dikau tidak menyayangi diriku

kau tetap pertama di dalam ingatanku

sepertiku menyatakan kau yang satu di dalam hatiku

hatiku tidak memaksa untuk menyintaimu

malah perasaan itu datangnya dengan sendiri

dan ia tidak pernah pergi

sudah lama ku sedar

bahawa perasaanku terhadapmu tidak pernah pudar



beberapa kali aku tumbang

namun perasaanku terhadapmu pesat berkembang

aku tidak minta apa-apa darimu

aku hanya mahukan sesuatu

iaitu CINTAMU..

View md_zulhilmi89's Full Portfolio
tags: