hari ini merupakan dua bulan dikau pergi.
walaupun begitu,kau tetap aku sayangi.
kau tetap aku cintai.
walaupun ada wanita lain yang mengelilingi diriku,
namun hatiku tetap kepada satu,
iaitu terhadap dirimu.
mengingati dirimu menimbulkan banyak perasaan.
perasaan benci,
marah.
perasaan sayu,
rindu.
namun satu perasaan masih di dalam diriku.
iaitu perasaan sayang terhadapmu.
tidak lebih.
tidak kurang.
sama seperti dulu.
saat-saat romantis kita bersama,
saat-saat pahit kita lalui.
kaulah wanita yang amat aku hargai.
pabila bersamamu,
diriku diselubungi kebahagiaan.
setiap kata-kata manismu yang dilafazkan kepadaku,
membuat aku seolah-olah melayang,
dan ku boleh merasakan kakiku tidak lagi menjejaki bumi.
diriku bukan di dalam alam realiti.
aku dibawa terbang ke alam percintaan,
di mana ku dapat menikmati rasanya kebahagiaan.
kini setelah dikau pergi,
diriku tidak lagi dapat menikmati kebahagiaan.
sebaliknya,diriku diselubungi aura kesedihan,
penuh kepedihan.
duhai sayang,
ku masih menunggumu dengan hati yang tabah.
aku sering kali dicabar,
tetapi menunggumu bukan perkara yang sukar.
walaupun dirimu tidak lagi menyayangiku,
sentiasa ingat,
KAULAH YANG SATU..