Selamat Tinggal Alam Percintaan

Folder: 
Malay Poems

Selamat tinggal ku ucapkan ke alam percintaan

kini diriku berada di dalam alam kekecohan

dimana diriku dikelilingi teman-teman

bersama mereka ku dapat mendapat semula kebahagiaan

kerna diriku sering dilanda kesedihan

penuh keperitan

kini perasaan itu kian pudar

ku akui ia sesuatu yang sukar



kasih yang telah pergi

aku tidak akan membencimu jika kau sudah punyai pengganti

aku hanya dapat mendoakan supaya dikau berasa puas di hati

kerna di hujung hari

dirimu yang akan mendapat kepuasan sehingga mati



kini ku hidup tanpa seorang teman istimewa

kadangkala aku berasa kecewa

kadangkala gembira

kecewa kerna ku tidak dapat merasakan perasaan disayangi

gembira kerna ku dapat bertemu kawan-kawan sejati



namun sekarang aku keliru

harusku mencari teman yang baru??

atau harusku menanti kepulanganmu??



beberapa wanita ingin bersamaku

tetap hatiku masih belum terbuka lagi

kerna aku amat-amat keliru

dan ku tidak mahu hatiku dilukai



perbualan ku dengannya semalam merupakan yang pertama

walaupun begitu,kita seolah-olah seperti teman lama

diriku berasa amat-amat selesa

adakah dia yang dapat membuatku bahagia??



sekarang aku hanya mahu mendiamkan diri

biarlah cinta yang sejati datang dengan sendiri

ku hanya mahukan cinta yang jujur dari lubuk hati

View md_zulhilmi89's Full Portfolio
tags: