sebelum diriku ditemukan denganmu
hatiku tertutup dan tidak mahu yang baru
kehadiranmu telah membuka pintu dihatiku
walaupun dihatiku sudah ada yang satu
walaupun kita baru sahaja berkenalan
diriku dapat merasakan ku sudah mengenalimu sekian lama
aku hanya dapat memohon kepada Tuhan
supaya tali persahabatan kita berkekalan
kerna dikau seseorang teman yang amat berbeza
bersamamu,aku benar-benar selesa
ku akui diantara kita ada sedikit cinta
tetapi ia masih awal untuk menyatakan apa-apa
luka dihatiku masih belum diubati
kerna luka sebegitu datang dan pergi
seandainya dikau datang kembali
diriku akan menjadi tidak tentu arah
diriku akan menjadi pasrah
hatiku akan menjadi luka dan berdarah
disitu akan ku membuat penilaian
kerna antara kau dan dia banyak perbezaan
bella
diriku tidak pernah ditemukan dengan insan sepertimu
ku akui dikau seribu dalam satu
ku fahami hatimu tidak mahu dilukai
ku fahami dikau mahukan cinta yang sejati
hanya masa dapat menentukan
supaya dikau dapat menjejaki lagi ke alam percintaan
aku tidak dapat menjamin apa-apa
ku sedari diantara kau dan aku ibarat langit dan bumi
di mana aku memijak di bumi yang nyata
dikau di atas langit dengan banyak peluang memilih jejaka
aku tidak memaksa dikau untuk memilihku
aku tidak memaksa dikau untuk menyintaiku
hanya satu permintaanku
supaya dikau gembira disisiku
sehingga hari ini aku masih tersepit diantara dua
hatiku di dalam keadaan tidak tenang
kini aku hanya dapat menunggu masa
kerna cinta yang aku mahukan secara semula jadi akan datang..