pemergianmu sukar untukku menerima
tetapi atas nama cinta
aku rela dikau pergi
mungkin dikau sudah punyai penggantiku
tetapi aku masih disini menunggu
setiap hari aku membawa satu harapan
agar kau dan aku dapat lagi memasuki alam percintaan
di mana aku dapat merasakan kakiku tidak lagi menjejaki bumi
diriku ini seolah-orang menerbang
setiap kata-kata manismu menceriakanku
setiap senyumanmu melembutkan hatiku
tetapi aku sedar ini semua hanya angan-anganku
antara kau dan aku amat sukar untuk kembali bersama
kerana si dia yang kau amat menyinta
si dia ialah penghalang cinta kita
bukanku hendak menuduh si dia
tetapi hatiku tidak lagi dapat menahan
mengenangkan kau dan dia
membuatku rebah dan menitiskan air mata
kini,aku hendak berundur dari hidupmu
aku tidak mahu menganggu percintaanmu
mungkin dikau telah meninggalkanku
tetapi dirimu tetap didalam hatiku
hanya Allah sahaja yang tahu
betapa sayangnya hatiku padamu